[
  {
    "id": 1,
    "title": "PANDEMIK COVID – 19.",
    "passage": "BAHAGIAN A : TAKSIRAN INDIVIDU \n( 40 MARKAH) \n \n \nBaca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-\nsoalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. \n \n \n \nPANDEMIK COVID – 19. \n \n \nPandemik Covid-19 yang berlaku secara global bermula dari Wuhan, China pada \nDisember 2019. Antara gejala umum yang menyerang pesakit ialah demam, batuk, \nselsema dan sesak nafas. Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) menasihatkan \npara majikan untuk memastikan langkah – langkah penjagaan diambil di tempat kerja. \nIni adalah bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dari semakin berleluasa. \nPematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara ( MKN) perlulah \nditeruskan walaupun bilangan kes aktif didapati menurun. Semua pihak perlulah \nbekerjasama bagi memastikan persekitaran yang kondusif dan selamat dapat \ndiwujudkan di negara kita. \nNASKHAH CALON \n",
    "questions": [
      "Apakah gejala umum yang dialami oleh pesakit?",
      "Mengapakah langkah – langkah penjagaan perlu diambil ditempat kerja?",
      "Nyatakan langkah-langkah penjagaan kendiri yang boleh anda amalkan di sekolah.",
      "Pengambilan vaksin merupakan langkah terbaik dalam mencegah Covid-19. Berikan ulasan anda."
    ],
    "group": "BAHAGIAN B : TAKSIRAN KUMPULAN \n( 30 MARKAH) \n \n \n \n \n \n \n \nNASKHAH CALON \nKewujudan haiwan liar di negara kita semakin terancam. Antara faktor \nkepupusan hidupan liar ialah pembakaran hutan, pembalakan haram \ndan pencemaran alam. \nPelbagai langkah perlu diambil untuk \nmembendung kepupusan hidupan liar. Bincangkan. \n",
    "reviewStatus": "Draf — perlu semakan guru",
    "referenceAnswers": " \n \nTAKSIRAN INDIVIDU \n \n1. Apakah gejala umum yang dialami oleh pesakit? \nGejala umum yang dialami oleh pesakit ialah demam, batuk, \nselsema dan sesak nafas. \n \n2. Mengapakah langkah – langkah penjagaan perlu diambil di tempat \nkerja? Langkah – langkah penjagaan perlu diambil di tempat kerja bagi \nmengekang penularan wabak Covid-19 dari semakin berleluasa. \n \n3. Nyatakan langkah-langkah penjagaan kendiri yang boleh anda amalkan di \nsekolah. Langkah penjagaan kendiri yang boleh diamalkan di sekolah ialah \nmencuci tangan dengan bersih dan memakai pelitup muka. Kita juga \nhendaklah menjauhi rakan yang tidak sihat. \n \n4. Pengambilan vaksin merupakan langkah terbaik dalam mencegah \nCovid-19. Berikan ulasan anda. \nSaya setuju pengambilan vaksin merupakan langkah terbaik dalam \nmencegah Covid-19 kerana kita boleh melindungi diri kita dari dijangkiti , \nseterusnya melindungi keluarga tersayang dari dijangkiti covid. \n \nTAKSIRAN KUMPULAN \n1. Menguatkuasakan undang-undang dengan tegas. \n2. Mengenakan hukuman berat terhadap pemburu haram. \n3. Meningkatkan rondaan di kawasan hutan. \n4. Memelihara habitat hidupan liar. \n5. Mengawal aktiviti pembalakan haram. \n6. Mengawal penerokaan hutan secara berlebihan. \n7. Mewujudkan taman negara. \n8. Menubuhkan pusat perlindungan hidupan liar. \n9. Menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat. \n10. Memberikan pendidikan alam sekitar sejak kecil. \n11. Memupuk rasa cinta akan alam sekitar. \n12. Melaporkan kegiatan pemburuan haram kepada pihak berkuasa. \n \n"
  },
  {
    "id": 2,
    "title": "PULAU SIBU , MERSING , JOHOR.",
    "passage": "NASKHAH CALON \nBAHAGIAN A : TAKSIRAN INDIVIDU \n( 40 MARKAH) \n \n \nBaca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-\nsoalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. \n \n \n \nPULAU SIBU , MERSING , JOHOR. \n \n \n \nPulau Sibu yang terletak di Mersing, Johor dikatakan sebagai pulau yang cantik dan \nbersih. Pulau Sibu telah diiktiraf sebagai Taman Laut pada tahun 1993. Pelancong \nperlu menaiki feri atau bot dari Jeti Mersing selama tiga puluh minit untuk tiba ke sini. \nPulau Sibu terbahagi kepada empat kawasan iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu \nTengah, Pulau Sibu Kukus dan juga Pulau Sibu Hujung. Pelbagai aktiviti boleh \ndilakukan sepanjang percutian di sini. Antara aktiviti menarik ialah memancing, \nmenyelam skuba, merentas hutan, berenang, bermain bola tampar pantai dan \nmenikmati keindahan flora dan fauna. \n",
    "questions": [
      "Bagaimanakah pelancong boleh sampai ke Pulau Sibu?",
      "Apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Sibu?",
      "Apakah langkah – langkah bagi menarik minat pelancong melancong di dalam negara?",
      "Di manakah percutian impian anda? Mengapa?"
    ],
    "group": "NASKHAH CALON \nTindakan sekumpulan individu yang membakar bendera Negara \ndikecam di pelbagai media sosial. Tindakan membakar ini merupakan \nsusulan dari rasa tidak puas hati akibat keputusan pilihan raya yang \nbaru diumumkan. Bincangkan langkah – langkah menghormati Jalur \nGemilang yang perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. \nBAHAGIAN B : TAKSIRAN KUMPULAN \n( 30 MARKAH) \n \n \n \n \n \n",
    "reviewStatus": "Draf — perlu semakan guru",
    "referenceAnswers": " \n \nTAKSIRAN INDIVIDU \n1. Bagaimanakah pelancong boleh sampai ke Pulau Sibu? \nPelancong boleh sampai ke Pulau Sibu dengan menaiki bot atau feri dari jeti \nMersing. \n \n2. Apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Sibu? \nAktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Sibu ialah memancing, menyelam \nskuba, merentas hutan, berenang, bermain bola tampar pantai dan menikmati \nkeindahan flora dan fauna. \n \n3. Apakah langkah – langkah bagi menarik minat pelancong melancong di dalam \nnegara?  \nLangkah – langkah bagi menarik minat pelancong melancong di dalam negara \nialah melalui peranan media. Media boleh membuat promosi dan iklan mengenai \nkeindahan negara kita. Selain itu, kerajaan boleh mengadakan tahun melawat \nsesebuah negeri seperti Tahun Melawat Johor 2026.  \n \n4. Di manakah percutian impian anda? Mengapa? \nPercutian impian saya ialah di  \nkerana  \n. \n \nTAKSIRAN KUMPULAN – Langkah-langkah menghormati Jalur Gemilang \n1. Mengibarkan Jalur Gemilang dengan cara yang betul. \n2. Memastikan bendera sentiasa bersih dan tidak koyak. \n3. Menurunkan bendera apabila sudah lusuh atau rosak. \n4. Melupuskan bendera mengikut tatacara yang betul. \n5. Berdiri tegak semasa lagu Negaraku dimainkan. \n6. Tidak memijak atau menghina Jalur Gemilang. \n7. Menggunakan Jalur Gemilang dengan penuh sopan dan hormat. \n8. Menghayati maksud warna dan lambang pada bendera. \n9. Memberikan pendidikan tentang kepentingan Jalur Gemilang sejak kecil. \n10. Mengibarkan Jalur Gemilang semasa sambutan hari kebangsaan. \n"
  },
  {
    "id": 3,
    "title": "PENGGUNAAN KAD KREDIT",
    "passage": "BAHAGIAN A : TAKSIRAN INDIVIDU \n( 40 MARKAH) \n \n \nBaca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-\nsoalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. \n \n \n \nPENGGUNAAN KAD KREDIT \n \n \n \n \nKad kredit merupakan instrumen pembayaran bagi memperoleh barangan dan \nperkhidmatan tanpa melibatkan wang tunai. Kad kredit digunakan saat kecemasan \napabila tiada wang tunai. Ia juga digunakan bagi mengurangkan risiko kehilangan, \nkecurian dan rompakan wang tunai. Kad kredit juga menawarkan pelan pembayaran \nansuran mudah tanpa faedah kepada pelanggan serta menawarkan mata ganjaran \napabila membeli menggunakan kad kredit. \nNASKHAH CALON \n",
    "questions": [
      "Apakah itu kad kredit?",
      "Apakah kebaikan menggunakan kad kredit?",
      "Kad kredit boleh mendatangkan mudarat jika tidak digunakan dengan cermat. Apakah kesan buruk penggunaan kad kredit?",
      "Sekiranya anda diberi pilihan menggunakan kad kredit, mahukah anda? Jelaskan mengapa."
    ],
    "group": "BAHAGIAN B : TAKSIRAN KUMPULAN \n( 30 MARKAH) \n \n \n \n \n \nNASKHAH CALON \nKuih Tradisional seperti kuih pena, kuih mahbob dan kuih apam \nbaghdad semakin hampir pupus di negara kita. Cadangkan cara – cara \nmempopularkan semula kuih tradisional di negara kita. \n",
    "reviewStatus": "Draf — perlu semakan guru",
    "referenceAnswers": " \n \n1. Apakah itu kad kredit? \nKad kredit merupakan instrumen pembayaran bagi memperoleh barangan \ndan perkhidmatan tanpa melibatkan wang tunai. \n \n2. Apakah kebaikan menggunakan kad kredit? \nKebaikan menggunakan kad kredit ialah kad kredit digunakan saat \nkecemasan apabila tiada wang tunai. Ia juga digunakan bagi mengurangkan \nrisiko kehilangan, kecurian dan rompakan wang tunai. \n \n3. Kad kredit boleh mendatangkan mudarat jika tidak digunakan dengan \ncermat. Apakah kesan buruk penggunaan kad kredit? \nKesan buruk penggunaan kad kredit ialah menambah beban hutang yang \nperlu ditanggung serta boleh menyebabkan ketagihan berbelanja \nmenggunakan kad kredit. \n \n4. Sekiranya anda diberi pilihan menggunakan kad kredit, mahukah anda? \nJelaskan mengapa. \nSekiranya diberi pilihan menggunakan kad kredit, saya tidak mahu \nmenggunakannya kerana ia akan menambah beban pembayaran setiap bulan \ndan boleh membuatkan saya alpa ketika berbelanja. \nTAKSIRAN KUMPULAN  \n1. Mengadakan promosi melalui media sosial \n2. Menganjurkan festival dan pertandingan kuih tradisional di sekolah \n3. Memperkenalkan kuih tradisional di sekolah. \n4. Menggalakkan pengusaha menghasilkan inovasi dari segi bentuk, \npembungkusan, dan perisa tanpa menghilangkan identiti asalnya. \n5. Menjadikan kuih tradisional sebagai produk pelancongan. \n6. Mendapatkan sokongan kerajaan dan agensi berkaitan  \n"
  },
  {
    "id": 4,
    "title": "BUSANA MELAYU",
    "passage": "NASKHAH CALON \nBAHAGIAN A : TAKSIRAN INDIVIDU \n( 40 MARKAH) \n \n \nBaca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-\nsoalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. \n \n \n \nBUSANA MELAYU \n \n \n \n \nBaju kurung ialah pakaian tradisional lelaki dan wanita Melayu. Baju kurung \ndiperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah pada zaman empayar Melaka sekitar 700 \ntahun yang lalu. Baju lelaki dikenali sebagai baju Melayu. Baju Melayu dipadankan \ndengan samping dan songkok. Pemakaian samping di bawah lutut melambangkan si \npemakai sudah berkahwin manakala pemakaian samping di atas lutut melambangkan \nsi pemakai masih bujang. Tiga saku yang terdapat pada baju Melayu pula \nmelambangkan akidah, islam dan ihsan. \n",
    "questions": [
      "Siapakah yang memperkenalkan baju Melayu?",
      "Apakah maksud tiga saku yang terdapat pada baju Melayu?",
      "Apakah usaha yang boleh diambil untuk melestarikan pemakaian tradisional di Malaysia?",
      "Pada pendapat anda, bagaimanakah cara mempopularkan pakaian tradisional Malaysia ke peringkat antarabangsa?"
    ],
    "group": "NASKHAH CALON \nMalaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian biologi \ndengan kewujudan 1500 jenis haiwan vertebrata dan 150 000 jenis \nhaiwan intervertebrata. Namun, akhir – akhir ini kebanyakan haiwan \ndiancam kepupusan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. \nBincangkan langkah – langkah membendung kepupusan hidupan liar. \n \nBAHAGIAN B : TAKSIRAN KUMPULAN \n( 30 MARKAH) \n \n \n \n \n \n \n \n",
    "reviewStatus": "Draf — perlu semakan guru",
    "referenceAnswers": "NASKHAH CALON \nBAHAGIAN A : TAKSIRAN INDIVIDU \n( 40 MARKAH) \n \n \nBaca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-\nsoalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. \n \n \n \nBUSANA MELAYU \n \n \n \n \nBaju kurung ialah pakaian tradisional lelaki dan wanita Melayu. Baju kurung \ndiperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah pada zaman empayar Melaka sekitar 700 \ntahun yang lalu. Baju lelaki dikenali sebagai baju Melayu. Baju Melayu dipadankan \ndengan samping dan songkok. Pemakaian samping di bawah lutut melambangkan si \npemakai sudah berkahwin manakala pemakaian samping di atas lutut melambangkan \nsi pemakai masih bujang. Tiga saku yang terdapat pada baju Melayu pula \nmelambangkan akidah, islam dan ihsan. \n\n \n \n \n \nBUSANA MELAYU \n \n \n \n \nBaju kurung ialah pakaian tradisional lelaki dan wanita Melayu. Baju kurung \ndiperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah pada zaman empayar Melaka sekitar 700 \ntahun yang lalu. Baju lelaki dikenali sebagai baju Melayu. Baju Melayu dipadankan \ndengan samping dan songkok. Pemakaian samping di bawah lutut melambangkan si \npemakai sudah berkahwin manakala pemakaian samping di atas lutut melambangkan \nsi pemakai masih bujang. Tiga saku yang terdapat pada baju Melayu pula \nmelambangkan akidah, islam dan ihsan. \n \n \n \n \n \nSOALAN RANGSANGAN \n1. Siapakah yang memperkenalkan baju Melayu? \n2. Apakah maksud tiga saku yang terdapat pada baju Melayu? \n3. Apakah usaha yang boleh diambil untuk melestarikan pemakaian tradisional di \nMalaysia? \n4. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara mempopularkan pakaian tradisional \nMalaysia ke peringkat antarabangsa? \nNASKHAH PENTAKSIR \n\nNASKHAH CALON \nMalaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian biologi \ndengan kewujudan 1500 jenis haiwan vertebrata dan 150 000 jenis \nhaiwan intervertebrata. Namun, akhir – akhir ini kebanyakan haiwan \ndiancam kepupusan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. \nBincangkan langkah – langkah membendung kepupusan hidupan liar. \n \nBAHAGIAN B : TAKSIRAN KUMPULAN \n( 30 MARKAH) \n \n \n \n \n \n \n \n\nMalaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian biologi \ndengan kewujudan 1500 jenis haiwan vertebrata dan 150 000 jenis \nhaiwan intervertebrata. Namun, akhir – akhir ini kebanyakan haiwan \ndiancam kepupusan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. \nBincangkan langkah – langkah membendung kepupusan hidupan liar. \n \n \n \n \n \nTEMA : ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU \n \n \n \n \n \nNASKHAH PENTAKSIR \n\nCadangan Jawapan \n \n \n1. Siapakah yang memperkenalkan baju Melayu? \nBaju Melayu diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah. \n \n \n2. Apakah maksud tiga saku yang terdapat pada baju Melayu? \nTiga saku yang terdapat pada baju Melayu melambangkan akidah, islam dan \nihsan. \n \n3. Apakah usaha yang boleh diambil untuk melestarikan pemakaian tradisional \ndi Malaysia? \nUsaha yang boleh diambil untuk melestarikan pemakaian tradisional di \nMalaysia ialah melalui peranan masyarakat. Masyarakat perlulah terus \nmemakai pakaian tradisional agar generasi baru mengenali pakaian \ntradisonal ini. Di peringkat sekolah pula, topik pakaian tradisional ini \nperlulah disisipkan dalam mata pelajaran sedia ada agar pelajar tahu \nmengenai pakaian tradisional. \n \n4. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara mempopularkan pakaian tradisional \nMalaysia ke peringkat antarabangsa? \nPada pendapat saya, cara mempopularkan pakaian tradisional Malaysia ke \nperingkat antarabangsa ialah melalui peranan kerajaan. Kerajaan hendaklah \nmemberi suntikan modal kepada pereka fesyen tempatan untuk terus \nmempopularkan pakaian tradisonal negara. Selain itu, media juga \nberperanan penting dengan membuat hebahan dan promosi mengenai \npakaian tradisional negara. \n \nTAKSIRAN KUMPULAN  \n1. Penguatkuasaan undang-undang melalui hukuman yang lebih berat dan \nrondaan di kawasan hutan dan taman negara bagi membendung pemburuan \nharam. \n2. Memelihara dan memulihara habitat semula jadi -perluas kawasan hutan \nsimpan negara \n3. Meningkatkan kesedaran masyarakat melalui kempen dan pendidikan alam \n4. Menggalakkan \npenyelidikan \ndan pembiakan \nspesies terancam \nbagi \nmembantu meningkatkan populasi haiwan terancam dan kaedah melindungi \nspesies terancam. \n5. Menjadikan penduduk setempat kawasan hutan sebagai rakan strategik dm \nperlindungan hidupan liar. \n"
  },
  {
    "id": 5,
    "title": "MAKANAN SEJUK BEKU",
    "passage": "NASKHAH CALON \nBAHAGIAN A : TAKSIRAN INDIVIDU \n( 40 MARKAH) \n \n \nBaca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan- \nsoalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. \n \n \n \nMAKANAN SEJUK BEKU \n \n \n \n \n \nIndustri makanan sejuk beku semakin berkembang di negara kita bak cendawan \ntumbuh selepas hujan. Makanan sejuk beku telah menjadi pilihan orang Malaysia \nselaras dengan gaya hidup yang ringkas dan mudah. Makanan sejuk beku terbahagi \nkepada tiga kategori produk iaitu makanan bahan mentah seperti ikan dan daging, \nmakanan separa proses seperti daging burger dan makanan sedia dimakan seperti \naiskrim. Antara keistimewaan makanan sejuk beku ialah tahan lama dan mudah \ndisediakan. Industri makanan sejuk beku juga telah menjadi sumber pendapatan \npenduduk tempatan. \n",
    "questions": [
      "Nyatakan tiga kategori produk makanan sejuk beku.",
      "Apakah keistimewaan makanan sejuk beku?",
      "Pada pendapat anda, apakah potensi industri makanan sejuk beku di negara kita?",
      "Kerajaan memainkan peranan dalam mengetengahkan industri makanan sejuk beku pada peringkat antarabangsa. Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memajukan industri makanan sejuk beku di negara kita?"
    ],
    "group": "NASKHAH CALON \nPertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO) mengisytiharkan kanser \nsebagai penyebab kematian kedua tertinggi di dunia. Kanser yang \npaling kerap berlaku ialah kanser payudara, kanser kolorektal dan \nkanser paru – paru. Bincangkan faktor – faktor penyebab berlakunya \npenyakit kanser di negara kita. \nBAHAGIAN B : TAKSIRAN KUMPULAN \n( 30 MARKAH) \n \n \n \n \n \n \n \n",
    "reviewStatus": "Draf — perlu semakan guru",
    "referenceAnswers": " \n \n1. Nyatakan tiga kategori produk makanan sejuk beku. \nTiga kategori produk makanan sejuk beku ialah makanan bahan mentah \nseperti ikan dan daging, makanan separa proses seperti daging burger dan \nmakanan sedia dimakan seperti aiskrim. \n \n2. Apakah keistimewaan makanan sejuk beku? \nKeistimewaan makanan sejuk beku ialah tahan lama dan mudah disediakan. \n \n \n3. Pada pendapat anda, apakah potensi industri makanan sejuk beku di negara \nkita? \nPada pendapat saya, industri makanan sejuk beku di negara kita mempunyai \npotensi yang sangat luas. Ini kerana, isi rumah yang bekerja memerlukan \nmakanan yang mudah untuk disediakan dan menjimatkan masa mereka yang \npenat bekerja seharian. \n \n4. Kerajaan memainkan peranan dalam mengetengahkan industri makanan \nsejuk beku pada peringkat antarabangsa. Pada pendapat anda, apakah \nperanan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk memajukan industri \nmakanan sejuk beku di negara kita? \nPada pendapat saya, suntikan modal daripada kerajaan sangat penting untuk \nmengetengahkan industri makanan sejuk beku ke peringkat antarabangsa. \nSelain itu, bantuan dan sokongan penyediaan teknologi yang diperlukan amat \ndigalakkan. \n \n \nTAKSIRAN KUMPULAN \n \n1. Amalan merokok \n2. Pengambilan makanan yang tidak sihat dan makanan diproses . \n3. Pengambilan alkohol menyumbang kepada kanser mulut, hati. \n4. Faktor genetik dan keturunan \n5. Terdedah kepada sinaran ultraungu dari matahari secara berlebihan juga \nmenyebabkan kanser kulit.  \n \n\n \n"
  },
  {
    "id": 6,
    "title": "RAMPANAU",
    "passage": "BAHAGIAN A : TAKSIRAN INDIVIDU ( \n40 MARKAH) \n \n \nBaca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan- soalan \nyang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. \n \n \nRAMPANAU \n \n \n \n \n \nRampanau popular dalam kalangan masyarakat Dusun di Sabah. Pada asalnya, fungsi utama \nrampanau adalah untuk menyeberangi sungai, parit atau kawasan yang becak pada suatu \nmasa dahulu.  Alat ini juga merupakan sejenis permainan yang mencerminkan nilai dan norma \nkehidupan masyarakat setempat.  Rampanau diperbuat daripada dahan pohon sagu, kayu \nkeras, dan dua batang buluh yang direka khas bagi menggantikan sepasang kasut dengan \nketinggian antara tiga ke 10 meter tinggi.  Cabaran utama permainan ini adalah untuk \nmengawal keseimbangan badan, kekuatan dan kelenturan otot.  Permainan rampanau ini \ntelah dijadikan sebagai permainan rasmi yang disenaraikan dalam sukan rakyat di Sabah.   \nNASKHAH CALON \n",
    "questions": [
      "Apakah fungsi utama rampanau?",
      "Apakah cabaran utama permainan rampanau?",
      "Pada pendapat anda, mengapakah permainan tradisional tidak mendapat sambutan dari generasi muda?",
      "Masyarakat berperanan penting dalam memastikan permainan tradisional kekal diminati oleh generasi muda. Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dilakukan oleh masyarakat dalam memastikan permainan tradisional kekal diminati oleh generasi muda."
    ],
    "group": "BAHAGIAN B : TAKSIRAN KUMPULAN \n( 30 MARKAH) \n \n \n \n \n \n \n \nNASKHAH CALON \nSisa elektronik merupakan komponen elektronik yang telah usang dan tidak diperlukan \nlagi oleh pengguna.  Sisa elektronik mengandungi bahan kimia berbahaya seperti asid, \npelarut, raksan dan plumbum yang mengancam kesihatan manusia  .  Bincangkan \nlangkah-langkah mengurus sisa elektronik dengan baik.   \n",
    "reviewStatus": "Draf — perlu semakan guru",
    "referenceAnswers": " \n \n1. Apakah fungsi utama rampanau? \nFungsi utama rampanau ialah untuk menyeberangi sungai, parit atau kawasan yang becak \npada suatu masa dahulu.   \n2. Apakah cabaran utama permainan rampanau? \nCabaran utama permainan ini adalah untuk mengawal keseimbangan badan, kekuatan dan \nkelenturan otot.   \n3. Pada pendapat anda, mengapakah permainan tradisional tidak mendapat sambutan dari \ngenerasi muda? \nPada pendapat saya, permainan tradisional tidak mendapat sambutan daripada generasi \nmuda kerana perkembangan teknologi yang semakin pesat. Kebanyakan remaja lebih \ngemar menghabiskan masa dengan bermain permainan video, melayari media sosial dan \nmenggunakan telefon pintar yang dianggap lebih menarik serta menghiburkan. Selain itu, \nkurangnya pendedahan terhadap permainan tradisional turut menjadi faktor. Ramai generasi \nmuda tidak mengetahui cara bermain permainan seperti congkak, gasing, batu seremban \ndan galah panjang kerana permainan tersebut jarang diperkenalkan di rumah atau di \nsekolah. \n4. Masyarakat berperanan penting dalam memastikan permainan tradisional kekal diminati \noleh generasi muda.  Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dilakukan oleh \nmasyarakat dalam memastikan permainan tradisional kekal diminati oleh generasi muda. \nAntara peranan yang boleh dilakukan ialah memperkenalkan permainan tradisional kepada \nkanak-kanak sejak kecil. Ibu bapa dan anggota masyarakat boleh mengajar cara bermain \npermainan seperti congkak, batu seremban, gasing dan galah panjang semasa aktiviti \nkeluarga atau majlis komuniti.Selain itu, masyarakat boleh menganjurkan pertandingan dan \nfestival permainan tradisional di peringkat kampung, taman perumahan atau sekolah. \nAktiviti seperti ini dapat menarik minat golongan muda untuk mencuba dan mengenali \npermainan tradisional dengan lebih dekat. \n \n \nTAKSIRAN KUMPULAN \n \n1. Masyarakat -  Menggunakan produk sedia ada dan membaiki barang yang rosak.  Ini \ndapat mengurangkan penghasilan sisa elektronik. \n2. Masyarakat – menghantar sisa elektronik ke pusat-pusat kitar semula. \n3. Kerajaan – menggubal peraturan yang mewajibkan pengeluar mengitar semula atau \nmelupuskan barangan elektornik yang telah rosak secara selamat. \n4. Kerajaan – penguatkuasaan undang – undang  \n5. NGO – kempen berterusan memberi kesedaran bahaya sisa elektornik dan \nkepentingan pengurusan sisa elektornik yang berkesan. \n6. Media sosial – hebahan cara pengurusan sisa elektornik yang betul.  \n"
  },
  {
    "id": 7,
    "title": "MOBILITI HIJAU",
    "passage": "BAHAGIAN A : TAKSIRAN INDIVIDU  \n( 40 MARKAH) \n \n \nBaca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan- soalan \nyang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. \n \n \nMOBILITI HIJAU \n \n \n \n \n \nMobiliti hijau merujuk pergerakan manusia yang mesra alam sekitar. Mobiliti hijau ialah \nperalihan daripada kenderaan yang berasaskan bahan bakar petrol atau diesel kepada \npenggunaan  mod pengangkutan yang mesra alam sekitar dan menggunakan teknologi hijau.  \nAntara contoh mobiliti hijau ialah kereta elektrik, basikal, berjalan kaki dan pengangkutan \nawam elektrik. Penerimaan mobiliti hijau memerlukan kerjasama kerajaan, pihak swasta dan \njuga masyarakat. Malaysia menghadapi cabaran dalam merealisasikan mobiliti hijau \nsepenuhnya kerana  kos yang tinggi.   Kos pemasangan infrastruktur  seperti stesen pengecas  \njuga memerlukan pelaburan yang besar.   Selain itu, budaya masyarakat negara kita yang \nselesa menggunakan kereta persendirian berbanding pengangkutan awam dan  juga berjalan \nkaki  juga merupakan cabaran yang perlu ditangani.  \nNASKHAH CALON \n",
    "questions": [
      "Apakah mobiliti hijau?",
      "Apakah cabaran Malaysia dalam merealisasikan mobiliti hijau?",
      "Pada pendapat anda, apakah kesan mobiliti hijau ?",
      "Kerajaan berperanan penting dalam memastikan mobiliti hijau tercapai di negara kita. Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh diambil oleh kerajaan dalam merealisasikan mobiliti hijau di negara kita."
    ],
    "group": "                                 BAHAGIAN B : TAKSIRAN KUMPULAN \n( 30 MARKAH) \n \n \n \n \n \n \n \nNASKHAH CALON \nGejala rasuah merupakan duri dalam daging yang merosakkan masyarakat, menjejaskan \nimej negara dan mengugat kestabilan ekonomi negara.  Bincangkan langkah – langkah \nyang boleh diambil untuk membanteras gejala rasuah yang semakin berleluasa.    \n",
    "reviewStatus": "Draf — perlu semakan guru",
    "referenceAnswers": " \n1. Apakah mobiliti hijau? \nMobiliti hijau merujuk pergerakan manusia yang mesra alam sekitar. Mobiliti hijau ialah \nperalihan daripada kenderaan yang berasaskan bahan bakar petrol atau diesel kepada \npenggunaan  mod pengangkutan yang mesra alam sekitar dan menggunakan teknologi \nhijau.   \n2. Apakah cabaran Malaysia dalam merealisasikan mobiliti hijau? \nMalaysia menghadapi cabaran dalam merealisasikan mobiliti hijau sepenuhnya \nkerana  kos yang tinggi.   Kos pemasangan infrastruktur  seperti stesen pengecas  juga \nmemerlukan pelaburan yang besar.   Selain itu, budaya masyarakat negara kita yang \nselesa menggunakan kereta persendirian berbanding pengangkutan awam dan  juga \nberjalan kaki  juga merupakan cabaran yang perlu ditangani. \n \n3. Pada pendapat anda, apakah kesan mobiliti hijau ? \nPada pendapat saya, kesan mobiliti hijau ialah meningkatkan kualiti kebersihan alam sekitar, \nmengurangkan masalah kesihatan dan merendahkan suhu bumi.  \n4. Kerajaan berperanan penting dalam memastikan mobiliti hijau tercapai di negara \nkita. Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh diambil oleh kerajaan  dalam \nmerealisasikan mobiliti hijau di negara kita.   \nPada pendapat saya, peranan yang boleh diambil oleh kerajaan dalam \nmerealisasikan mobiliti hijau di negara kita ialah menyediakan infrastruktur  yang \nlengkap seperti membina lebih banyak stesen pengecas kenderaan elektrik ( EV ).  \nSelain itu, kerajaan perlu memperkasakan sistem pengangkutan awam seperti \nmenambah bilangan tren elektrik.   \n\nTAKSIRAN KUMPULAN \n1. Peranan Kerajaan \n• \nMenguatkuasakan undang-undang antirasuah dengan lebih tegas. \n• \nMengenakan hukuman yang berat kepada pesalah rasuah tanpa mengira pangkat atau \nkedudukan. \n• \nMemperkasa peranan agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah \nMalaysia (SPRM). \n• \nMeningkatkan ketelusan dalam urusan pentadbiran dan perolehan kerajaan. \n• \nMelaksanakan sistem digital bagi mengurangkan campur tangan manusia dalam urusan \nrasmi. \n• \nMenjalankan kempen kesedaran antirasuah secara berterusan. \n2. Peranan Masyarakat \n• \nMenanam nilai integriti dan kejujuran dalam kehidupan seharian. \n• \nMenolak sebarang bentuk pemberian atau penerimaan rasuah. \n• \nMelaporkan kegiatan rasuah kepada pihak berkuasa. \n• \nMenjadi mata dan telinga kerajaan dalam membanteras rasuah. \n• \nMengamalkan budaya hidup yang beretika dan berakauntabiliti. \n• \nMemberikan sokongan kepada usaha kerajaan membanteras rasuah. \n3. Peranan Sekolah \n• \nMenerapkan pendidikan antirasuah dalam mata pelajaran dan aktiviti sekolah. \n• \nMemupuk nilai murni seperti amanah, jujur dan bertanggungjawab sejak kecil. \n• \nMenganjurkan ceramah, pertandingan dan kempen berkaitan integriti. \n• \nMenjadikan amalan integriti sebagai budaya sekolah. \n• \nMemberi pendedahan tentang kesan buruk rasuah terhadap individu dan negara. \n• \nMelahirkan generasi muda yang berakhlak mulia dan bebas rasuah. \n4. Peranan Media Massa \n• \nMenyiarkan kempen kesedaran tentang bahaya rasuah. \n• \nMenyebarkan maklumat mengenai kes-kes rasuah dan tindakan yang diambil. \n• \nMenghasilkan rancangan, dokumentari dan iklan yang mendidik masyarakat. \n• \nMenjadi saluran untuk melaporkan salah laku dan penyelewengan. \n• \nMembentuk persepsi masyarakat agar membenci amalan rasuah. \n• \nMemanfaatkan media sosial untuk menyebarkan mesej antirasuah secara meluas. \n \n"
  },
  {
    "id": 8,
    "title": "DOMPET MAYA",
    "passage": "BAHAGIAN A : TAKSIRAN INDIVIDU  \n( 40 MARKAH) \n \n \nBaca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan- \nsoalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. \nDOMPET MAYA \n \n \n \n \nDompet maya atau e-dompet telah digunakan secara meluas di negara kita setelah Bank \nNegara Malaysia mengeluarkan lesen penggunaan e-dompet pada penghujung tahun 2018.  E-\ndompet ialah aplikasi yang berfungsi seperti dompet fizikal, iaitu menyimpan wang, kad debit, dan \njuga maklumat akaun bank dalam bentuk aplikasi digital.  Tujuan e-dompet ini diperkenalkan \nadalah untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu lagi membawa wang tunai atau \nbeg tangan ke mana-mana.  Antara kebaikan menggunakan e-dompet ialah dapat mengurangkan \njumlah wang tunai yang perlu dibawa, tidak perlu beratur panjang di mesin ATM untuk \nmengeluarkan wang serta boleh menyimpan segala rekod perbelanjaan dengan mudah.  \n \n \n \n \nNASKHAH CALON \n",
    "questions": [
      "Bilakah e-dompet mula digunakan secara meluas di negara kita?",
      "Apakah kebaikan menggunakan e-dompet?",
      "Pada pendapat anda, apakah kelemahan menggunakan e-dompet?",
      "Penggunaan e-dompet hendaklah digunakan dengan selamat bagi mengelakkan terdedah kepada risiko penipuan atas talian. Pada pendapat anda, apakah cara-cara menggunakan e-dompet dengan selamat?"
    ],
    "group": "                                 BAHAGIAN B : TAKSIRAN KUMPULAN \n( 30 MARKAH) \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \nNASKHAH CALON \nIndustri makanan sejuk beku semakin berkembang di negara kita kerana menjadi pilihan \nwarga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang ringkas dan mudah.  Pada pendapat \nanda, apakah peranan pihak kerajaan dalam mengetengahkan industri makanan sejuk \nbeku di peringkat antarabangsa.   \n",
    "reviewStatus": "Draf — perlu semakan guru",
    "referenceAnswers": " \n \n1. Bilakah e-dompet mula digunakan secara meluas di negara kita? \nE-dompet telah digunakan secara meluas di negara kita setelah Bank Negara Malaysia \nmengeluarkan lesen penggunaan e-dompet pada penghujung tahun 2018. \n2. Apakah kebaikan menggunakan e-dompet? \nAntara kebaikan menggunakan e-dompet ialah dapat mengurangkan jumlah wang tunai yang \nperlu dibawa, tidak perlu beratur panjang di mesin ATM untuk mengeluarkan wang serta boleh \nmenyimpan segala rekod perbelanjaan dengan mudah.  \n3. Pada pendapat anda, apakah kelemahan menggunakan e-dompet? \n• \nSukar digunakan jika talian internet kurang stabil atau tidak laju. \n• \nTerdedah kepada risiko penipuan \n• \nSesetengah peniaga hanya menerima e-dompet tertentu. \n• \nTidak tahu memilih e-dompet yang sesuai kerana terlalu banyak aplikasi di pasaran.  \n4. Penggunaan e-dompet hendaklah digunakan dengan selamat bagi mengelakkan terdedah \nkepada risiko penipuan atas talian. \n     Pada pendapat anda, apakah cara-cara menggunakan e-dompet dengan selamat? \n• \nJangan respon atau klik pesanan ringkas, mesej atau apa-apa pautan yang menjanjikan \nhadiah. \n• \nSentiasa kunci telefon pintar pada setiap masa.  Gunakan sentuhan biometrik untuk \nkeselamatan yang lebih baik. \n• \nJangan kongsi maklumat peribadi seperti nama log masuk, kata laluan, nombor PIN, \nnombor OTP dan lain-lain kepada pihak ketiga.  \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n\nTAKSIRAN KUMPULAN \n \n1. Mengelola latihan untuk meningkatkan kemahiran pengeksport Malaysia melalui badan \nseperti MATRADE. \n2. Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia boleh mengeluarkan sijil kesihatan \nuntuk memastikan makanan telah mematuhi keperluan yang ditetapkan bagi memastikan \nmakanan yang dieksport selamat dimakan. \n3. Melakukan penyelidikan dan pembangunan makanan dengan menggunakan teknologi \nmoden melalui badan seperti MARDI. \n4. Kerajaan juga perlu menekankan peranan JAKIM dalam mengeluarkan sijil dan logo halal \nagar pengguna di negara Islam tidak ragu-ragu membeli makanan sejuk beku kerana \ntelah disahkan halal. \n5. Kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pengusaha makanan \nsejuk beku.  \n"
  },
  {
    "id": 9,
    "title": "PERKHIDMATAN E-PANGGILAN",
    "passage": "BAHAGIAN A : TAKSIRAN INDIVIDU  \n( 40 MARKAH) \n \n \nBaca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan- \nsoalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. \nPERKHIDMATAN E-PANGGILAN \n \n \n \n \nE-panggilan ialah perkhidmatan tempahan pengangkutan melalui aplikasi elektronik seperti Grab \ndan Uber yang membolehkan pengguna menempah kenderaan dengan mudah menggunakan \ntelefon pintar. Perkhidmatan ini semakin popular kerana menawarkan kemudahan, penjimatan \nmasa dan tambang yang lebih telus. Pada masa hadapan, e-panggilan dijangka berkembang \ndengan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), kenderaan elektrik dan kenderaan tanpa \npemandu yang lebih cekap serta mesra alam. Namun begitu, perkhidmatan e-panggilan juga \nmempunyai beberapa risiko seperti kebocoran data peribadi, penipuan dalam talian, gangguan \nkeselamatan penumpang serta kebergantungan yang berlebihan terhadap teknologi. Oleh itu, \npenggunaan e-panggilan perlu disertai dengan langkah keselamatan yang sewajarnya bagi \nmenjamin keselesaan dan keselamatan pengguna. \n   \n \n \n \n \nNASKHAH CALON \n",
    "questions": [
      "Apakah itu e-panggilan?",
      "Apakah risiko perkhidmatan e-panggilan?",
      "Pada pendapat anda, apakah kepentingan perkhidmatan e-panggilan?",
      "Peranan kerajaan dalam mengawal perkhidmatan e-panggilan ini sangat penting. Pada pendapat anda, apakah peranan kerajaan dalam mengawal perkhidmatan e- panggilan ini?"
    ],
    "group": "                                 BAHAGIAN B : TAKSIRAN KUMPULAN \n( 30 MARKAH) \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \nNASKHAH CALON \nPerpaduan merupakan asas kepada kestabilan dan kemajuan sesebuah negara.  \nPelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memastikan semangat perpaduan terus subur \ndalam kalangan masyarakat.  Bincangkan langkah – langkah memupuk perpaduan dalam \nkalangan masyarakat Malaysia.   \n",
    "reviewStatus": "Draf — perlu semakan guru",
    "referenceAnswers": " \n \n1. \nApakah itu e-panggilan? \nE-panggilan ialah perkhidmatan tempahan pengangkutan melalui aplikasi elektronik \nseperti Grab dan Uber yang membolehkan pengguna menempah kenderaan dengan \nmudah menggunakan telefon pintar. \n2. \nApakah risiko perkhidmatan e-panggilan?  \nPerkhidmatan e-panggilan juga mempunyai beberapa risiko seperti kebocoran data \nperibadi, penipuan dalam talian, gangguan keselamatan penumpang serta \nkebergantungan yang berlebihan terhadap teknologi. \n3. \nPada pendapat anda, apakah kepentingan perkhidmatan e-panggilan? \n• \nMemudahkan pergerakan pengguna – Pengguna boleh menempah kenderaan pada \nbila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui aplikasi telefon pintar. \n• \nMenjimatkan masa – Pengguna tidak perlu menunggu lama atau mencari teksi \nkerana pemandu yang berhampiran dapat dikesan dengan cepat. \n• \nMenawarkan tambang yang telus – Anggaran tambang dipaparkan lebih awal, sekali \ngus mengelakkan caj yang tidak munasabah. \n• \nMewujudkan peluang pekerjaan – Perkhidmatan e-panggilan membuka peluang \npendapatan kepada individu yang ingin bekerja secara sambilan atau sepenuh \nmasa. \n• \nMeningkatkan keselamatan pengguna – Maklumat pemandu, nombor kenderaan \ndan lokasi perjalanan direkodkan dalam aplikasi untuk tujuan keselamatan. \n• \nMengurangkan penggunaan kenderaan persendirian – Perkhidmatan ini \nmenggalakkan perkongsian perjalanan dan membantu mengurangkan kesesakan \nlalu lintas. \n• \nMembantu sektor pelancongan – Pelancong lebih mudah bergerak dan meneroka \ntempat-tempat menarik tanpa perlu menyewa kenderaan sendiri. \n4. \nPeranan kerajaan dalam mengawal perkhidmatan e-panggilan ini sangat penting. \nPada pendapat anda, apakah peranan kerajaan dalam mengawal perkhidmatan e-\npanggilan ini? \n• \nMenyediakan garis panduan perkhidmatan e-panggilan \n• \nMenguatkuasakan syarat-syarat permohononan Lesen Perniagaan Pengantaraan \n(LPP) \n• \nMenguatkuasakan syarat kepada pemandu yang ingin mendaftar sebagai pemandu \ne-panggilan. \n• \nMenguatkuasakan beberapa syarat kenderaan yang akan didaftarkan sebagai \nkenderaan rasmi e-panggilan \n• \nMenetapkan kadar komisen maksimum yang boleh dikenakan bagi setiap \nperjalanan.  \n \n\nTAKSIRAN KUMPULAN \n1. Peranan Ibu Bapa - Mendidik anak-anak agar menghormati kepelbagaian kaum dan agama. \n• \nMengajar anak-anak tentang kepentingan hidup bersatu padu. \n• \nMembawa anak-anak menyertai majlis rumah terbuka pelbagai kaum. \n• \nMenunjukkan teladan yang baik dengan tidak bersikap prejudis terhadap kaum lain. \n2. Peranan Kerajaan - Menganjurkan program dan kempen perpaduan. \n• \nMengadakan sambutan perayaan peringkat kebangsaan. \n• \nMelaksanakan dasar yang menggalakkan integrasi nasional. \n• \nMenyiarkan iklan dan kempen perpaduan melalui media massa. \n3. Peranan Sektor Swasta - Mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni. \n• \nMengambil pekerja daripada pelbagai kaum secara adil. \n• \nMenganjurkan aktiviti team building yang melibatkan semua pekerja. \n• \nMengadakan sambutan perayaan pelbagai kaum di tempat kerja. \n4. Peranan Sekolah - Memupuk semangat perpaduan sejak usia muda. \n• \nMenggalakkan murid menyertai aktiviti kokurikulum bersama-sama. \n• \nMenganjurkan program seperti Hari Kebudayaan dan Minggu Perpaduan. \n• \nMenerapkan nilai perpaduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. \n5. Peranan Masyarakat - Mengamalkan sikap saling menghormati dan bekerjasama. \n• \nMenyertai aktiviti gotong-royong dan kemasyarakatan. \n• \nMenghormati adat, budaya dan kepercayaan kaum lain. \n• \nMengelakkan penyebaran berita palsu atau isu sensitif yang boleh menjejaskan \nkeharmonian. \n \n"
  },
  {
    "id": 10,
    "title": "HARIMAU MALAYA DALAM BAHAYA",
    "passage": "BAHAGIAN A : TAKSIRAN INDIVIDU  \n( 40 MARKAH) \n \n \nBaca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan- \nsoalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. \nHARIMAU MALAYA DALAM BAHAYA \n \n \n \n \nHarimau Malaya sangat penting kepada negara kerana ia merupakan haiwan kebanggaan \nnegara yang menjadi simbol kekuatan dan keberanian. Haiwan ini hidup di kawasan hutan dan \nmemainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem. Namun begitu, \nHarimau Malaya kini berada dalam keadaan yang membimbangkan kerana bilangannya semakin \nberkurangan dari tahun ke tahun. Antara punca utama keadaan ini ialah aktiviti pemburuan haram \nyang dilakukan untuk mendapatkan kulit dan bahagian badannya yang bernilai tinggi. Selain itu, \npenerokaan hutan untuk pembangunan dan pembalakan telah memusnahkan habitat semula \njadinya. Kekurangan sumber makanan akibat gangguan terhadap ekosistem hutan turut \nmenjejaskan kelangsungan hidup harimau. Jika keadaan ini berterusan, Harimau Malaya berisiko \nmengalami kepupusan. Oleh itu, semua pihak perlu berganding bahu melindungi spesies ini agar \nterus menjadi warisan negara untuk generasi akan datang. \n \n \nNASKHAH CALON \n",
    "questions": [
      "Mengapakah harimau malaya sangat penting kepada negara?",
      "Apakah punca – punca harimau malaya semakin berkurangan di negara kita?",
      "Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku kepada ekosistem dan kehidupan manusia jika hidupan liar terus mengalami kepupusan?",
      "Sekiranya anda dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar, apakah langkah yang akan anda laksanakan untuk membendung kepupusan hidupan liar di negara kita? Jelaskan."
    ],
    "group": "                                 BAHAGIAN B : TAKSIRAN KUMPULAN \n( 30 MARKAH) \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \n \nNASKHAH CALON \nGolongan belia kurang berminat untuk menceburi bidang pertanian, penternakan dan \nperikanan kerana menganggap sektor tersebut tidak menjamin masa depan yang cerah.  \nBincangkan usaha – usaha yang perlu dilakukan untuk menarik minat golongan belia \nmenceburi sektor pertanian, penternakan dan perikanan.   \n",
    "reviewStatus": "Draf — perlu semakan guru",
    "referenceAnswers": " \n1. \nMengapakah harimau malaya sangat penting kepada negara? \nHarimau Malaya sangat penting kepada negara kerana ia merupakan haiwan \nkebanggaan negara yang menjadi simbol kekuatan dan keberanian. Haiwan ini hidup di \nkawasan hutan dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan \nekosistem. \n2. \nApakah punca – punca harimau malaya semakin berkurangan di negara kita? \n \nAntara punca utama keadaan ini ialah aktiviti pemburuan haram yang dilakukan untuk \nmendapatkan kulit dan bahagian badannya yang bernilai tinggi. Selain itu, penerokaan \nhutan untuk pembangunan dan pembalakan telah memusnahkan habitat semula jadinya. \nKekurangan sumber makanan akibat gangguan terhadap ekosistem hutan turut \nmenjejaskan kelangsungan hidup harimau. \n3. \nPada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku kepada ekosistem dan \nkehidupan manusia jika hidupan liar terus mengalami kepupusan? \n \n• \nKeseimbangan ekosistem akan terganggu.  \n• \nRantaian makanan menjadi tidak stabil.  \n• \nSesetengah spesies haiwan atau tumbuhan akan membiak secara tidak terkawal. \n• \nBiodiversiti negara semakin berkurangan.  \n• \nIndustri pelancongan berasaskan alam semula jadi terjejas.  \n• \nGenerasi akan datang tidak dapat mengenali spesies yang telah pupus.  \n• \nKehidupan manusia turut terancam akibat kerosakan alam sekitar. \n4. \nSekiranya anda dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar, apakah langkah yang akan anda \nlaksanakan untuk membendung kepupusan hidupan liar di negara kita? Jelaskan.  \n• \nMemperketat undang-undang terhadap pemburu haram.  \n• \nMeningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan hutan.  \n• \nMenambah kawasan perlindungan dan santuari hidupan liar.  \n• \nMelaksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat.  \n• \nMenggalakkan program pembiakan spesies yang terancam.  \n• \nMengurangkan aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan.  \n• \nBekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha pemuliharaan \nhidupan liar. \n \n \n \n \n \n \n\nTAKSIRAN KUMPULAN \n \n1. Peranan Kerajaan - Menyediakan insentif dan bantuan kewangan kepada golongan belia. \n• \nMenawarkan geran, pinjaman mudah dan subsidi. \n• \nMengurangkan beban kos permulaan yang tinggi. \n• \nMemberikan bantuan peralatan dan teknologi moden. \n2. Peranan Institusi Pendidikan - Memperkenalkan bidang pertanian, penternakan dan \nperikanan sejak di bangku sekolah. \n• \nMengadakan kursus dan program berkaitan agroteknologi. \n• \nMenganjurkan lawatan ke ladang, kolam ternakan dan pusat perikanan. \n• \nMenanam minat serta kesedaran tentang potensi sektor tersebut. \n3. Peranan Media Massa - Mengubah persepsi masyarakat terhadap sektor agromakanan. \n• \nMenyiarkan kisah kejayaan usahawan tani muda. \n• \nMemaparkan penggunaan teknologi moden dalam pertanian. \n• \nMenunjukkan bahawa sektor ini mampu menjana pendapatan lumayan. \n4. Peranan Sektor Swasta - Menyediakan peluang kerjaya dan latihan kepada belia. \n• \nMenawarkan program latihan industri dan mentor-mentee. \n• \nMembantu pemasaran hasil pertanian, penternakan dan perikanan. \n• \nMewujudkan ekosistem perniagaan yang lebih menarik kepada golongan muda. \n5. Peranan Golongan Belia - Mengubah minda dan berani mencuba bidang baharu. \n• \nTidak menganggap sektor ini sebagai pekerjaan tradisional semata-mata. \n• \nMenggunakan teknologi digital untuk meningkatkan produktiviti. \n• \nMerebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dan pihak swasta. \n \n \n"
  }
]